Sejarah Penubuhan

Geliga Sari Sdn. Bhd. (887594-D) merupakan sebuah syarikat milikan penuh Bumiputera yang telah mula beroperasi sejak tahun 2010. Ianya telah diasaskan oleh Abd Hakim bin Awang dan Nur’Aine binti Mohamed Zin. Pada ketika itu Geliga Sari Sdn. Bhd. pada asalnya menyediakan perkhidmatan restoran sahaja iaitu D’Apple Café & Restaurant.

Dengan sokongan dan permintaan yang tinggi dari pelanggan, pada tahun 2012 Geliga Sari Sdn. Bhd. telah mengorak langkah dengan melebarkan bidang perniagaannya kepada pengeluaran produk sejuk beku berasaskan ‘western food’ dan sos. Produk yang dikeluarkan adalah seperti Frozen Chicken Chop, Lamb Chop, Sos Lada Hitam (khas untuk western food) dan Pes Perapan Berempah.


Kilang Pemprosesan Produk D’Apple

Kesemua produk keluaran D’Apple diproses sendiri di kilang pemprosesan milik penuh syarikat
Geliga Sari Sdn. Bhd. Lokasi kilang adalah di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II.
Klik pada thumbnail dibawah untuk paparan gambar kilang D’Apple lebih lanjut.

Restoran D'Apple kini di Waze, kini lebih mudah! Direction